Hari ni hari Selasa. Rasa terlalu sibuk di sekolah. Bukan sibuk apa, sedang berusaha melengkapkan portfolio dan kerja-kerja yang telah dirancang. Hai, tak habis-habis.
Hari ni juga, murid-murid yang datang menjengah masih mengeluarkan soalan dan ayat yang sama:

Cikgu last bila ye?
Tak bestlah kalau cikgu takde nanti
Alah...Jumaat ke last?
Apa pun yang kalian katakan adik-adikku, itulah suratannya. Kita berjumpa dan berpisah. Dan, perkara ini bukan pernah kita minta. Inilah namanya takdir Allah.
Untuk diri: mujur juga dah biasa dengan perkara begini. Ya. Sejak mengenal dunia fasilitator. Adik-adik yang dikasih, silih berganti. Yang sama adalah aku: seorang Along dan kembaranya.
------------------------
Sebak yang bertimpa
Dengar suara emak di hujung talian. Ceria aja. Namun, di sebalik berita yang dikongsikan, emak dah seminggu tak sihat rupanya. Migrain pun ada menjengah sekali sekala. Dalam tak sihat itu, beliau sedang bertungkus lumus untuk majlis perkahwinan adik pada 1 Mei nanti.
Siang menjaga Abu yang makin nakal, Muhammad yang belum menginjak usia setahun, Azfar yang susah nak keluarkan suara dan Hani yang makin keletah.
Bila anak-anaknya pulang petang, mak curi-curi keluar untuk membeli perkakasan adik pula. Penat kata mak. Jadi, tak salah jika mak mahu mengadu selalu pada Alongnya.
Dan ayah yang macam tak kenal waktu berehat. Aku sendiri mengaku kalah jika mahu membandingkan semangat dan kerajinannya. Dan, jika ayah betul-betul berehat, ayah akan tidur sebentar. Robbi, terasa cukup sayu bila melihat raut wajahnya saat itu. Ayah yang semakin berusia. Dalam tidurnya yang berdengkuran. Wajah ayah amat letih.
Ayah.
Ayah yang sering memberi galakan dan semangat bila Alongnya kesedihan. Ayah yang sering mendo'akan. Semangat ayah yang dipinjam dalam kembara ini membuatku tabah sehari-hari.
Robbi, terasa mahu berlari pulang ke rumah saat ini. Mengenangkan kesibukan mereka tanpa diri ini. Jika Along ini ada bersama, akan kupikul beban-beban itu. Apa dayaku, aku jauh di negeri orang. Mencari redhaMu. Membuat yang terbaik seperti yang dipesan ayah.
------------------------
Agak Sebak dan Kecewa

Hari ini. Apa agaknya yang tersalah. Mungkin ada manusia yang salah faham. Terpalit kisah yang agak 'pedih' untuk diterima. Rasa mahu menangis pula. Mengenang segala usaha lalu, dan apa yang dikata orang itu, aku rasa macam mahu boikot buat baik. Sebak jadinya.
Namun, apalah gunanya. Pujuk sendiri hati. Berkat nasihat emak, aku jadi redha. Ya, jika kita ikhlas dan cekal, kita punya semangat, kita dah buat yang terbaik: semoga balasannya hanya dari Allah.
Mencari glamor di sisi Allah.
Aku tak pinta dipuji, cuma jangan berkata apa yang tidak benar. Jangan pula diceceh-cecehkan. Aku juga bukan mahu disanjung, apa yang aku buat hanyalah untuk mencari kepuasan. Mahukan keberkatan.

Dan, jika aku bersalah, tegurlah dengan hikmah.
No comments:
Post a Comment